Semak Online Pinjaman PTPTN
Menu Semak Pinjaman PTPTN bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat semakan
beberapa maklumat penting berkenaan pinjaman PTPTN. Sila klik pada menu
di bahagian kiri skrin untuk membuat pilihan anda. Klik butang BACK pada
pelayar web atau pada butang SEMAKAN untuk kembali ke laman ini.
Maklumat setiap pilihan menu semakan dijelaskan seperti di bawah:
Semakan Nama Peminjam Yang Gagal Membayar Balik Pinjaman
Semakan ini adalah untuk peminjam membuat semakan senarai nama peminjam yang belum membuat bayaran balik pinjaman mengikut NAMA dan NO KP peminjam.
Semakan Penyata Pelepasan Cukai Pendapatan SSPN
Pendeposit
SSPN kini boleh membuat semakan jumlah simpanan bersih SSPN yang layak
pelepasan Taksiran Cukai 2007 hanya dengan memasukkan No MyKad/Kad
Tentera/Kad Polis yang digunakan semasa pembukaan akaun untuk anak-anak
mereka.Semakan ini membolehkan anda menyemak samada nama anda termasuk di dalam senarai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Senarai ini berdasarkan maklumat dari Bahagian Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi bagi para pelajar yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA.
Semakan No Akaun Bank Yang Dibuka Secara Kelompok Oleh IPT Bagi Pelajar-Pelajar Kemasukan Julai 2009
Semakan
ini adalah bagi pelajar-pelajar kemasukan Julai 2009 mengetahui no
akaun bank yang dibuka secara kelompok oleh IPT masing-masing untuk
digunakan bagi segala urusan yang berkaitan dengan PTPTN.
Semakan Status Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Pelajar IPTA Semester 2 Sesi 2008/2009
Semakan
ini adalah untuk peminjam yang belum disahkan, tidak layak dan ditahan
bayaran pinjaman oleh PTPTN selepas melepasi tarikh sebenar/jangkaan
pinjaman dikreditkan ke akaun pelajar seperti di Jadual Tentatif Pengeluaran Pembiayaan Berkelompok Bagi Pelajar Lama IPTA / Politeknik Semester 2 Sesi 2008/2009. Pelajar yang tidak tersenarai dalam senarai ini adalah termasuk dalam kelompok pelajar yang dibayar.
Semakan Maklumat IPTS
Semakan
ini membolehkan pelajar-pelajar IPTS menyemak maklumat mengenai tarikh
permohonan online, tarikh hantar pengesahan pelajar kepada IPT, tarikh
terima pengesahan pelajar daripada IPT untuk dibuat bayaran kepada
pelajar serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan mengenai IPTS.Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan
Semakan ini membolehkan anda menyemak samada nama anda termasuk di dalam senarai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Senarai ini berdasarkan maklumat dari Bahagian Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi bagi para pelajar yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA.
Semak Pinjaman PTPTN Anda>>>> SEMAKAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment