Pasangan Remaja Asmara Dalam Tandas
Asmara dalam Tandas |
Pasangan Remaja Asmara Dalam Tandas # Apa nak jadi dengan remaja zaman
sekarang. Baru tingkatan 1 dah pandai nak bermadu asmara. Memetik sumber
berita Sinar Harian hari ini, dua remaja berusia 15 dan 13 tahun
ditangkap ketika sedang asyik berdua-duaan dalam sebuah tandas di
kawasan kedai makan Medan Nusari, Bandar Sri Sendayan.
Difahamkan, perlakuan sumbang kedua-dua
remaja terbabit disedari beberapa pelanggan kedai makan berkenaan
kira-kira jam 10 pagi, semasa mahu menggunakan tandas tersebut yang
terletak beberapa meter dari kedai dan berkeadaan sunyi.
Salah seorang pelanggan hanya mahu
dikenali sebagai Rusydi, 35, berkata, pada mulanya, dia tidak mengesyaki
apa-apa ketika melihat remaja lelaki dan perempuan menaiki motosikal
bersama menuju ke kawasan tandas itu.
“Bagaimanapun, saya mula tidak sedap
hati apabila mendapati motosikal dinaiki kedua-duanya masih berada di
situ, sedangkan kelibat mereka langsung tidak kelihatan sejak 20 minit
lalu. Pemeriksaan saya bersama rakan-rakan dalam tandas lelaki tidak
menemui apa-apa. Namun, alangkah terkejutnya saya kerana ternampak dua
pasang kaki dalam keadaan cukup rapat ketika menjengah dari bahagian
bawah salah satu tandas wanita,” katanya.
Menurutnya, selepas dipaksa membuka
pintu, mereka mendapati kedua-dua remaja terbabit sedang berada dalam
tandas berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
“Melalui penjelasan diberikan
kedua-duanya, difahamkan remaja perempuan yang sedang menuntut dalam
tingkatan satu itu berasal dari taman sekitar kawasan ini, manakala si
lelaki pula datang dari Seremban Dua yang terletak lebih kurang 6.3
kilometer dari tempat kejadian. Mereka juga merayu agar tidak diserahkan
kepada pihak berkuasa dan mengaku tidak akan mengulangi kesalahan sama
pada masa akan datang,” katanya yang menjelaskan, ibu remaja perempuan
itu sampai di lokasi lebih kurang 45 minit kemudian selepas dihubungi
anaknya.
Katanya lagi, si ibu langsung tidak
menyangka akan berlaku demikian, memandangkan anaknya ada meminta izin
untuk keluar dengan alasan mahu pergi bersiar-siar.
Kekecohan juga hampir berlaku apabila
bapa kepada remaja lelaki terlibat yang tiba beberapa minit kemudian,
naik angin dan mengugut mahu memukul Sinar Harian yang cuba mendapatkan
maklumat.
“Kau siapa? Jangan kurang ajar! Aku
belasah kau nanti,” demikian herdik lelaki dalam lingkungan 40-an itu
kepada Sinar Harian, semalam yang kemudiannya meminta maaf dan mengaku
tertekan dengan perbuatan anaknya.
Tinjauan Sinar Harian, semalam
mendapati, kedua-dua remaja itu diserahkan kepada ibu bapa masing-masing
dan tidak membabitkan pihak berkuasa.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan
Penduduk Taman Nusari Aman 2 (Natra), Terence Santhanam Beh, 41,
berkata, beliau hanya mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan oleh
beberapa penduduk.
“Kita kesal dengan kejadian sebegini,
lebih-lebih lagi berlaku pada hari Jumaat yang mulia. Kita harap, ibu
bapa akan dapat mengawasi anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian
seperti ini berulang,” katanya.
0 comments:
Post a Comment