Cara Semakan Online CTOS

Cara Semakan Online CTOS
Cara Semakan Online CTOS

Cara Semakan CTOS atau Credit Tip Off Service (CTOS). CTOS biasa dikaitkan dengan Blacklist tetapi sebenarnya CTOS merupakan lead information system yang berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank & institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pinjaman panel.

CTOS tidak membuat penilaian atau memberi pendapat tentang mana-mana peminjam. Ianya hanya menyimpan rekod tentang pinjaman sedia ada dan pinjaman lama yang dibuat peminjam.
Maklumat ini amat berguna kepada pemberi kredit seperti institusi kewangan dalam proses penilaian pemohon pinjaman. Oleh itu, besar kemungkinan apabila anda memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan merujuk kepada sistem CTOS untuk maklumat tentang anda dan pinjaman lama anda.

Sekiranya anda ingin tahu sama ada nama anda tersenarai dalam CTOS anda boleh melawat laman web CTOS Sdn Bhd atau melawat CTOS service centre di:

CTOS Sdn. Bhd
Unit A-8-4,8th Floor, Megan Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-27708833  Fax: 603-27708834
Laman web : www.ctos.com.my
Sekian tentang Cara Semakan Online CTOS.


0 comments:

Post a Comment

LIKE Untuk Teruskan Membaca


TUTUP
Powered by Blogger.
Ping your blog, website, or RSS feed for Free