Home » » Semak Online Pinjaman PTPTN

Semak Online Pinjaman PTPTN

Semak Online Pinjaman PTPTN


Menu  Semak Pinjaman PTPTN bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat semakan beberapa maklumat penting berkenaan pinjaman PTPTN. Sila klik pada menu di bahagian kiri skrin untuk membuat pilihan anda. Klik butang BACK pada pelayar web atau pada butang SEMAKAN untuk kembali ke laman ini. Maklumat setiap pilihan menu semakan dijelaskan seperti di bawah:

Semakan Nama Peminjam Yang Gagal Membayar Balik Pinjaman

Semakan ini adalah untuk peminjam membuat semakan senarai nama peminjam yang belum membuat bayaran balik pinjaman mengikut NAMA dan NO KP peminjam.


Semakan Penyata Pelepasan Cukai Pendapatan SSPN

Pendeposit SSPN kini boleh membuat semakan jumlah simpanan bersih SSPN yang layak pelepasan Taksiran Cukai 2007 hanya dengan memasukkan No MyKad/Kad Tentera/Kad Polis yang digunakan semasa pembukaan akaun untuk anak-anak mereka.
Semakan ini membolehkan anda menyemak samada nama anda termasuk di dalam senarai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Senarai ini berdasarkan maklumat dari Bahagian Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi bagi para pelajar yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA.

Semakan No Akaun Bank Yang Dibuka Secara Kelompok Oleh IPT Bagi Pelajar-Pelajar Kemasukan Julai 2009

Semakan ini adalah bagi pelajar-pelajar kemasukan Julai 2009 mengetahui no akaun bank yang dibuka secara kelompok oleh IPT masing-masing untuk digunakan bagi segala urusan yang berkaitan dengan PTPTN.


Semakan Status Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Pelajar IPTA Semester 2 Sesi 2008/2009

Semakan ini adalah untuk peminjam yang belum disahkan, tidak layak dan ditahan bayaran pinjaman oleh PTPTN selepas melepasi tarikh sebenar/jangkaan pinjaman dikreditkan ke akaun pelajar seperti di Jadual Tentatif Pengeluaran Pembiayaan Berkelompok Bagi Pelajar Lama IPTA / Politeknik Semester 2 Sesi 2008/2009. Pelajar yang tidak tersenarai dalam senarai ini adalah termasuk dalam kelompok pelajar yang dibayar.


Semakan Maklumat IPTS

Semakan ini membolehkan pelajar-pelajar IPTS menyemak maklumat mengenai tarikh permohonan online, tarikh hantar pengesahan pelajar kepada IPT, tarikh terima pengesahan pelajar daripada IPT untuk dibuat bayaran kepada pelajar serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan mengenai IPTS.


Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan
Semakan ini membolehkan anda menyemak samada nama anda termasuk di dalam senarai penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Senarai ini berdasarkan maklumat dari Bahagian Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi bagi para pelajar yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA.


  Semak Pinjaman PTPTN Anda>>>> SEMAKAN ONLINE


0 comments:

Post a Comment

LIKE Untuk Teruskan Membaca


TUTUP
Powered by Blogger.
Ping your blog, website, or RSS feed for Free