DAFTAR ONLINE BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA

DAFTAR ONLINE BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA

DAFTAR ONLINE BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA
BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA  @ BSKN telah ditubuhkan secara rasminya pada 4 Februari 2012 oleh YAB Perdana Menteri. Keahlian Briged Sukarelawan Khidmat Negara atau singkatannya BSKN terdiri daripada bekas-bekas pelatih PLKN yang akan beroperasi di setiap negeri dalam konteks memberi khidmat sukarela kepada agensi penyelamat dan penguatkuasa untuk membantu mangsa-mangsa banjir, mangsa kebakaran, mangsa tanah runtuh, kerja-kerja gotong-royong dan kerja-kerja sukarela kemasyarakatan.

 

PERANAN BSKN @ BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA


Peranan BSKN ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja kesukarelaan secara berstruktur bersama-sama agensi-agensi peneraju, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.  Fungsi BSKN adalah seperti berikut:
1.       Bencana – membantu pihak berkuasa dalam kerja-kerja yang berkaitan di lokasi bencana
2.       Kemasyarakatan dan Sosial – membantu dalam kerja-kerja kesukarelaan yang melibatkan aktiviti sosial dan kemasyarakatan di hospital, rumah kebajikan, kemudahan-kemudahan awam dan lain-lain tempat yang bersesuaian.
3.       Projek – berfungsi sebagai pasukan penghubung dalam mendapatkan dana yang bersesuaian dalam program yang dirancang dan memantau kelancaran program yang dijalankan
4.       Alam Sekitar – melaksanakan aktiviti yang melibatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar termasuk membantu dalam menyalurkan maklumat awal kepada pihak berkuasa berkenaan risiko bencana alam seperti tanda awal tanah runtuh dan halangan yang wujud di sungai yang boleh menyebabkan banjir.
5.       Penerangan dan Publisiti – menyampaikan maklumat dan informasi mengenai pergerakan dan aktiviti BSKN serta turut bertanggungjawab menarik lebih ramai alumni PLKN untuk menyertai dan bergerak aktif dalam Briged ini
6.       Akademik – menganjurkan program motivasi / bimbingan akademik ke atas kumpulan sasar yang ditetapkan dengan melibatkan alumni PLKN yang berjaya dan mempunyai kemahiran tertentu
7.       Sukan – penglibatan sebagai sukarelawan dalam sukan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan serta masyarakat setempat.

PENDAFTARAN ONLINE BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA



KLIK DISINI>>>> PENDAFTARAN ONLINE BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA


SYARAT PENDAFTARAN ONLINE BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA


Keahlian adalah dibuka kepada semua bekas pelatih. Borang pendaftaran perlu diisi bertujuan untuk mengemaskini maklumat mereka agar mudah dipanggil sekiranya diperlukan bagi tujuan kerja-kerja kesukarelaan.
Pendaftaran keahlian Briged Sukarelawan Khidmat Negara boleh dibuat melalui beberapa kaedah seperti berikut:
1.    Pendaftaran secara atas talian melalui laman sesawang JLKN [Klik disini]
2.    Pendaftaran dibuka di 81 buah kem-kem PLKN yang telah dijadikan sebagai Pusat Operasi BSKN.
3.    Pendaftaran di Kaunter Khidmat Pelanggan JLKN.

 

 PEGAWAI YANG DIHUBUNGI



Pegawai dan staf yang boleh dihubungi ialah seperti berikut:
En Goh Hwee Hwa 03 – 40274103
En Syamsul Bakhtiar Bin Kichek 03 – 40274103

sekian tentang  DAFTAR ONLINE BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA



0 comments:

Post a Comment

LIKE Untuk Teruskan Membaca


TUTUP
Powered by Blogger.
Ping your blog, website, or RSS feed for Free